Ambil alih MAYC Akhramsyah_Muammar_Ubaidah_Sanusi

MAYC dianggotai 311 kelab gabungan itu dipimpin oleh Syed Hamid Albar sejak 1999 selepas Tan Sri Sanusi Junid yang menerajuinya selama 28 tahun.MAYC boleh dibubarkan jika selepas lima tahun gagal untuk mengadakan AGM dan mengalami krisis dalaman yang membabitkan masalah kepimpinan. Jadi AGM ini mematuhi Fasal 15 Perlembagaan MAYC serta Seksyen 2 Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 iaitu pemimpinnya tidak melebihi 40 tahun.[1]

Pada 23 September 2011, Akramshah dan sekumpulan belia mengambil alih pentadbiran Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) di Kuala Lumpur daripada bekas menteri Tan Sri Syed Hamid Albar. Pejabat MAYC terletak di Wisma Belia, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. [2]

MAYC berpecah dua apabila mengadakan dua mesyuarat agung tahunan (AGM).Kumpulan Syed Hamid memilih Mustaffa Mat Arop sebagai presiden manakala sebuah lagi kumpulan memilih Akramshah.Pendaftar Pertubuhan Belia membatalkan kedua-dua AGM itu dan kes itu dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan diadukan kepada Perdana Menteri.[3]

Pada 8 April 2011 mereka telah menghantar memorandum sembilan muka surat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak melalui pegawai khasnya, Ahmad Azmir Abdul Rahman dan Menteri Belia dan Sukan tetapi kemelut MAYC gagal diselesaikan.[4]